Posts

MIM, SAD, RA’ – MUSIBAH, SABAR, REDHA

Ungkapan yang sering diucapkan oleh abang-abang senior apabila sampai sahaja menjejakkan kaki di bumi Mesir. Bagi adik-adik yang masih lagi fresh ni, sudah pasti akan terfikir apa yang tersirat daripada ungkapan perkataan tersebut. Namun, lama kelamaan ungkapan tersebut akan mula sebati dengan sendirinya oleh para pelajar di sini. Pengalaman yang Tuhan berikan akan mengajar apa maksud sebuah musibah, apa itu makna kesabaran, dan apa itu erti sebuah keredhaan. MESIR, BANGSA DAN SEJARAHNYA Negara Mesir ialah sebuah negara yang terletak di pinggiran benua Afrika. Ya, pertama sekali kita perlu tahu yang Mesir ini terletak di benua Afrika, bukan dalam kawasan Timur Tengah seperti Arab Saudi, Jordan, Yaman, dan lain-lain. Mesir merupakan sebuah negara yang menghubungkan antara Afrika dengan Asia. Semenanjung Sinai yang besar itu diibaratkan seperti jambatan yang menghubungkan antara dua benua ini . Oleh sebab itu jika kita perhatikan banyak pengaruh dari Asia terutamanya negara-n...

Antara Debu Dan Permata

Hidup di sini punya pengalaman baru Belajar mencari dan mencari ilmu Bukanlah untuk dibanggakan kepada umum Tetapi hanyalah untuk disumbangkan kepada yang perlu Tanah gersang menggamit rasa Terik panas, gigitan sejuk menguji jiwa Namun, aku yakin itu hanyalah ujian semata Untuk melihatku tabah atau lelah tak terkata Keluarga jauh ditinggalkan Sahabat handai dilambaikan Kerinduan, pasti mendatang Wajah penyejuk jiwa yang diidamkan Namun, dalam padatnya masyarakat itu Dalam sibuknya rakyat itu Dalam kasarnya mereka itu Aku yakin pasti ada mutiara yang menunggu Hidup di sini hanyalah dua Antara debu dan permata Dalam tebalnya debu yang menggundah rasa Akanku usaha menyelam mencari permata. HazimZahari Hambailahi07 150915 Hayyu Sabie, Cairo.

Coretan Pertama Di Negara Orang

Syukur tak terhingga kepada Tuhan yang Maha Esa Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi mengizinkan saya menulis sedikit coretan di laman ini. Sudah lama rasanya tidak menulis sejak saya diizinkan oleh Allah SWT berhijrah ke bumi Mesir bagi menyambung pengajian di sini. Syukur saya nyatakan kepada Allah SWT kerana mengurniakan kepada saya rezeki untuk menyambung pelajaran di sini. Terima kasih diucapkan kepada umi dan ayah yang sentiasa menyokong saya serta menampung pembelajaran saya di sini. Tanpa bantuan dan sokongan daripada umi ayah serta keluarga saya, sudah pasti saya tidak mampu untuk meneruskan niat saya untuk menyambung pelajaran di bumi anbiya' ini. Syukur Alhamdulillah. Berhijrah kepada pengalaman baru. Apabila kita berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat, sudah pasti kita akan memperoleh pengalaman daripada penghijrahan kita tersebut. Sikit atau banyak, kita pasti akan memperoleh pengalaman daripada perjalanan kita tersebut. Jika kita m...

Warkah Dr Morsi Dari Dalam Tirai Besi

"Wahai bangsa revolusi yang tangguh. Sesungguhnya Allah swt telah menakdirkan revolusi penuh berkat kita  ( Revolusi 25 Januari ) menghadapi situasi yang teramat sulit. Akan tetapi Allah swt telah menyiapkan baginya para pejuang sejati, baik lelaki mahupun perempuan yang dibanggakan Mesir di hadapan bangsa-bangsa lain. Wahai para pejuang revolusi yang merdeka.. Lanjutkanlah perjuangan revolusi damai kalian dengan teguh sekukuh gunung dan azam kuat yang selalu bergemuruh. Revolusi kita ditolong oleh allah swt dalam waktu dekat dan ini keyakinan saya dengan Allah swt. Di belakang kalian sebahagian besar rakyat Mesir yang menunggu kita menggelorakan revolusi yang gemilang setelah mereka memperdengarkan kepada dunia sikap diam mereka terhadap panggung drama pengangkatan pimpinan kudeta dan kenyataan itu telah menampar wajah para pendukung kudeta secara terang-terangan. Maka bersatulah jangan berpecah-belah dan berselisih yang mengakibatkan kalian menjadi gentar. Saya menyed...

Cerpen #1 - Kekosongan Hati (bahagian 2)

Khalid duduk termenung seorang diri di tepi bangunan sekolahnya. Sunyi. Tenang. Begitulah keadaan di sekeliling Khalid sekarang ini. Tetapi, keadaan dalam hatinya jauh berbeza dengan keadaan di sekelilingnya. "Arghh.. Bodohlah sekolah ni! Semuanya tak kena." hatinya meronta-ronta. Tiba-tiba, bunyi tapak kaki seseorang yang menaiki tangga datang menuju ke arah Khalid. Bahu Khalid dipegangnya. "Woi Khalid! Kau buat apa kat sekolah ni? " tanya Nabil, rakan lama Khalid di sekolah dulu. "Eyy bil! Kau ada juga kat sini? Aku sekolah kat sini sekarang. Baru kelmarin masuk pindah." terang Khalid. "Ohh..apasal kau tukar kat sini? Kau buat hal ek? Hahaha... " tanya Nabil sambil ketawa. "Alaaaah, aku 'dating' dengan awek aku jer kat bangunan lama. Mana ade aku buat pape. Pegang tangan jer pon. Sekali kantoi dengan cikgu disiplin. Masaklah! " terang Khalid kepada Nabil. "Ohhh..jadi kau ni lebih teruk daripada akulah? Aku ...

Pantun #1 - Ibu Bapa

Anak teruna menganyam raga, Lepaskan lelah di anjung beranda, Katanya bonda harta berharga, Tatanglah mereka sementara ada. Wajah berseri asyik ditenung, Pabila bersua jualah ramah, Bila harta sudah menggunung, Jenguklah selalu bonda di rumah. Buah pinang diambil seulas, Seraya bermain atasan titi, Penat lelah tak minta dibalas, Namun mengharap mereka di hati. Padi dituai genggam segemal, Sambil menangkap ikan di bubu, Kata nista jangan diamal, Pabila bersenda dengan ibu. Lincah tingkah pencak bentara, Habis tersungkur tentera Jepun, Andai ada tersalah bicara, Segeralah kita pohoni ampun. Leka sungguh dayang senandung, Tatkala melihat bunga dahlia, Sembilan purnama dikelek dikandung, Harap anaknya berhati mulia. Puteri bongsu sedang berduka, Terlerai tawa dek anak kelicap, Hati mereka jangan diluka, Agar redhaNya mudah dikecap. Terbang tempua bersama garuda, Hinggap sebentar di bahu pendeta, Titipkan doa jika tiada, Pastinya tenang di samping Penc...

Antara Cinta Dan Bunga Ros

Image
"Kalau yang jauh-jauh itu, boleh jadi bunga ros. Tapi kalau yang dekat-dekat itu, boleh jadi bunga tahi ayam." Umi saya berpesan kepada saya tentang hubungan kita dengan seseorang. Saya terpana. Diam seketika. Memikirkan apa yang cuba diperkatakan oleh umi saya. Kenapa bunga ros?  Kenapa pula bunga tahi ayam? Apa kaitan bunga-bunga tersebut dengan hubungan kita dengan seseorang? Adakah kita patut berikan dua bunga itu kepada pasangan yang kita cintai? Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran saya. Tidak faham apa yang cuba umi saya sampaikan. "Bunga ros itu cantik, wangi baunya. Seperti itulah hubungan kita dengan seseorang, perlu sentiasa wangi baunya dan cantik coraknya. Bukan seperti bunga tahi ayam, walaupun kelihatan cantik tetapi baunya sangat membusukkan. Seperti mana hubungan itu kelihatan cantik tetapi dalam diri tidak ada kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain." Umi saya menerangkan. "Ohhh....." saya yang baru faham ini mengan...