Posts

Showing posts from April, 2015

Cerpen #1 - Kekosongan Hati (bahagian 1)

Tok..tok..tok... "Assalamualaikum. Tumpang tanya, ni kelas 4 Ibnu Qurrah ke?" tanya Khalid. "Waalaikumussalam warahmatullah. Aah, ni kelas 4 Ibnu Qurrah. Kenapa ya?" jawab Cikgu Amir yang pada ketika itu sedang mengajar matapelajaran Sejarah. "Saya pelajar baru di sini. Kerani di pejabat menyuruh saya untuk masuk ke kelas ini." terang Khalid kepada Cikgu Amir. "Ohh, masuklah! Sila perkenalkan diri kepada rakan-rakan kamu." minta Cikgu Amir kepada Khalid. Khalid berjalan masuk secara perlahan-lahan lalu berhenti di hadapan rakan-rakan kelasnya yang lain. "Nama saya Khalid Al-Idrus Bin Ahmad Azam. Saya tinggal di Bangi dan sebelum ini bersekolah di SMK Agama Me..... " belum sempat Khalid memperkenalkan dirinya. Tiba-tiba.... "Sekolah apa!" teriak seorang pelajar di dalam kelas dalam keadaan seperti protes. Tindakannya tadi membuatkan Khalid terkejut dan badannya sedikit terundur ke belakang. "Hahahahahaha...

Komik #1 - Selfie Diri Sebelum Apa-Apa

Image
Cuba selfie diri kita (bukan wefie ya!), layakkah kita mencari kesalahan orang lain sedangkan kita sendiri mempunyai kesalahan? Mungkin lebih banyak daripada orang lain. Kita hanyalah manusia biasa, hambaNya yang lemah. Kita tidak sempurna. Jadi biasalah, kalau ada orang buat kesalahan. Kesalahan itulah yang perlu kita tegur, bukan diumpat. Kita umat Islam disuruh untuk mencegah kemungkaran. Namun, adakah perbuatan dalam gambar di atas menunjukkan kepada kita cara mencegah kemungkaran?  Buka mata. Buka minda. Di manakah Islam yang sebenar dalam diri kita? Wallahua'lam.. SyazanaFarhanah Nur Ayara 280415 Pasir Puteh, Kelantan.

Ibrah Daripada Sang Semut

Image
Kisah bermula apabila suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam masa setahun. Semut menjawab, ia hanya memerlukan makanan sebesar sebiji gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut ke dalam sebuah botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. Cukup tempoh setahun, mulut botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman a.s bertanya, mengapa hanya separuh sahaja makanan yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata yang dia memerlukan makanan sebesar sebiji gandum? Sang semut menjelaskan bahawa jika berada di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah swt dan dia yakin Allah swt pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabi...

Sajak #1 - Bilaku Jatuh

Bilaku jatuh.. Aku bertanya pada diri.. Bila aku mampu kembali? Kerana aku ingin begitu.. Bangkit tanpa jatuh kembali.. Walau aku tahu. Aku pasti jatuh kembali.. Kerana memang begitu diriku ini. Hanya seorang hamba Ilahi.. Sering melakukan dosa duniawi.. Tetapi, aku percaya.. Allah itu Maha mengampuni.. Mengampuni hambaNya yang leka.. Lalai dan juga alpa.. Namun, kadang aku bertanya pada diri.. Aku ini.. Akan diampunkan atau pun tidak? Sedih. Bimbang. Kecewa. Dengan kesalahan yang dilakukan diri.. Tetapi, Aku perlu yakin.. Aku akan diampunkan Ilahi.. Jika aku berusaha.. Meminta kepadaNya.. Memohon keampunanNya.. Mencari rahmatNya.. Menggapai redhaNya.. InsyaAllah.. Semoga Allah redha.. HazimZahari Hambailahi07 180415 Ketereh, Kelantan.

Kerana Itu Allah Yang Kata

Kita ini bukan seperti kita kata yang ini kita. Kita juga bukan seperti orang lain kata yang ini kita. Kita ini perlu jadi seperti yang Allah kata ini kita. Kata-kata ini lebih mengingatkan kita kepada siapa kita di dunia ini. Kita hanyalah seorang manusia. Kita hanyalah seorang hamba. Maka, setiap perkara yang kita lakukan sepatutnya bukan kerana kita kata yang perkara ini baik untuk kita lakukan. Kita juga melakukan sesuatu tindakan bukan kerana orang lain mengatakan yang perkara itu baik untuk kita lakukan. Tetapi, kita perlu lakukan sesuatu perkara itu kerana Allah swt  kata itu adalah perkara yang benar kita lakukan. Walaupun kita rasa tak suka atau orang lain tak suka, tetapi yakinlah Allah swt suka apa yang kita perlu lakukan. Kita perlu lakukan setiap perkara yang Allah sswt suka. Tetapi, kita juga perlu faham. Kita ini sering melakukan dosa. Bagi saya, jika kita terbiasa dalam sesuatu dosa yang kita biasa lakukan. Bolehkah kita ubah diri kita seca...

Kebimbangan Dan Ketenangan Menggapai Indah

Rasa bimbang, takut, risau, dan khuatir sering berlaku dalam diri seorang manusia. Ia berlaku apabila kita menghadapi situasi yang kita tidak ingin ia berlaku dalam diri. Kita bimbang perkara itu berlaku dan membawa keburukan kepada kita. Kita takut perkara itu berlaku dan membawa musibah kepada kita. Semua insan di dunia ini mempunyai rasa seperti itu. Kadang-kadang kita perlu bimbang. Seorang insan yang mengharapkan redha Allah swt menggunakan rasa bimbang mereka sebagai sebab untuk mereka lebih berhati-hati. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu apa yang dibimbangkan itu berlaku dan meraja dalam diri mereka. Apa yang mereka bimbangkan? Mereka tahu jika perkara yang mereka bimbang itu mula muncul dalam diri, jika tidak dijaga dan dikawal dengan rapi mampu membuatkan perkara tersebut meraja dalam diri mereka. Apabila meraja dalam diri, sudah pasti sukar untuk dididik kembali. Seorang manusia yang menjadikan Allah swt sebagai matlamatnya mempunyai rasa bimbang ...

Jatuh Bangun Bangkit Kembali

"Arghhh!!!!! Kenapa aku lakukan perkara-perkara sebegini?" "Adakah Allah ingin mengampunkan aku?" "Adakah aku layak mendapat keampunan Allah swt dengan dosa-dosa yang aku lakukan?" Apabila kita melakukan dosa atau sesiapa saja melakukannya pasti kita akan ada merasakan seperti ayat-ayat di atas. Masakan tidak, kita merasakan seperti kita yang terburuk. Kita merasakan seperti kita yang paling teruk. Kita merasakan seperti tidak mampu bangkit kembali. Dan kita merasakan seperti kita tidak akan diampunkan Allah swt. Perkara yang kita perlu sedar. Kita perlu sedar yang kita ini hanya manusia biasa. Fitrahnya pasti berbuat dosa. Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad SAW saja yang maksum iaitu tidak melakukan dosa kepada Allah swt. Dosa itu adalah ujian kepada diri kita. Allah menghantarkan ujian kepada kita untuk melihat bagaimana kita menghadapi ujian itu. Allah swt memberikan kita ujian bukanlah saja-saja. Tetapi ujian itu banyak m...