Cerpen #1 - Kekosongan Hati (bahagian 1)
Tok..tok..tok...
"Assalamualaikum. Tumpang tanya, ni kelas 4 Ibnu Qurrah ke?" tanya Khalid.
"Waalaikumussalam warahmatullah. Aah, ni kelas 4 Ibnu Qurrah. Kenapa ya?" jawab Cikgu Amir yang pada ketika itu sedang mengajar matapelajaran Sejarah.
"Saya pelajar baru di sini. Kerani di pejabat menyuruh saya untuk masuk ke kelas ini." terang Khalid kepada Cikgu Amir.
"Ohh, masuklah! Sila perkenalkan diri kepada rakan-rakan kamu." minta Cikgu Amir kepada Khalid.
Khalid berjalan masuk secara perlahan-lahan lalu berhenti di hadapan rakan-rakan kelasnya yang lain.
"Nama saya Khalid Al-Idrus Bin Ahmad Azam. Saya tinggal di Bangi dan sebelum ini bersekolah di SMK Agama Me..... " belum sempat Khalid memperkenalkan dirinya. Tiba-tiba....
"Sekolah apa!" teriak seorang pelajar di dalam kelas dalam keadaan seperti protes. Tindakannya tadi membuatkan Khalid terkejut dan badannya sedikit terundur ke belakang.
"Hahahahahahaha....." ketawa pelajar-pelajar lain apabila melihat reaksi Khalid tadi.
"Diam semua diam! Apa kamu semua ni? Langsung tidak hormat kepada rakan baru kami ini? marah Cikgu Amir.
"Uuuuuuuuuuu......" kedengaran suara-suara beberapa orang pelajar yang kelihatan seperti tidak puas hati dengan kemarahan Cikgu Amir tadi.
Cikgu Amir tidak menghiraukan reaksi anak-anak muridnya tadi. Beliau kemudiannya menyuruh Khalid untuk duduk di tempatnya. Ketika Khalid sedang berjalan menuju ke kerusi tempat duduknya, tiba-tiba salah seorang pelajar mengalihkan kakinya ke tepi dan menghadang kaki Khalid menyebabkan Khalid hampir jatuh tersungkur.
"Woi! kau ni apa hal?" berang Khalid dengan tindakan rakan kelasnya itu.
Dia terus pergi dan menarik baju rakannya tadi sambil tangan kanannya kemas menunjukkan buku lima. Keadaan di dalam kelas menjadi tegang dengan situasi yang berlaku. Namun, Cikgu Amir pantas menarik Khalid dan meredakan kembali keadaan sebelum situasi yang lebih buruk berlaku. Khalid kemudiannya terus pergi ke tempat duduknya.
"Ya Allah. Kenapalah dengan kamu semua ni? keluh Cikgu Amir.
(bersambung...)
HazimZahari
Hambailahi07
300415
Ketereh, Kelantan.

Comments
Post a Comment