Posts

Showing posts from 2015

Antara Debu Dan Permata

Hidup di sini punya pengalaman baru Belajar mencari dan mencari ilmu Bukanlah untuk dibanggakan kepada umum Tetapi hanyalah untuk disumbangkan kepada yang perlu Tanah gersang menggamit rasa Terik panas, gigitan sejuk menguji jiwa Namun, aku yakin itu hanyalah ujian semata Untuk melihatku tabah atau lelah tak terkata Keluarga jauh ditinggalkan Sahabat handai dilambaikan Kerinduan, pasti mendatang Wajah penyejuk jiwa yang diidamkan Namun, dalam padatnya masyarakat itu Dalam sibuknya rakyat itu Dalam kasarnya mereka itu Aku yakin pasti ada mutiara yang menunggu Hidup di sini hanyalah dua Antara debu dan permata Dalam tebalnya debu yang menggundah rasa Akanku usaha menyelam mencari permata. HazimZahari Hambailahi07 150915 Hayyu Sabie, Cairo.

Coretan Pertama Di Negara Orang

Syukur tak terhingga kepada Tuhan yang Maha Esa Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi mengizinkan saya menulis sedikit coretan di laman ini. Sudah lama rasanya tidak menulis sejak saya diizinkan oleh Allah SWT berhijrah ke bumi Mesir bagi menyambung pengajian di sini. Syukur saya nyatakan kepada Allah SWT kerana mengurniakan kepada saya rezeki untuk menyambung pelajaran di sini. Terima kasih diucapkan kepada umi dan ayah yang sentiasa menyokong saya serta menampung pembelajaran saya di sini. Tanpa bantuan dan sokongan daripada umi ayah serta keluarga saya, sudah pasti saya tidak mampu untuk meneruskan niat saya untuk menyambung pelajaran di bumi anbiya' ini. Syukur Alhamdulillah. Berhijrah kepada pengalaman baru. Apabila kita berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat, sudah pasti kita akan memperoleh pengalaman daripada penghijrahan kita tersebut. Sikit atau banyak, kita pasti akan memperoleh pengalaman daripada perjalanan kita tersebut. Jika kita m...

Warkah Dr Morsi Dari Dalam Tirai Besi

"Wahai bangsa revolusi yang tangguh. Sesungguhnya Allah swt telah menakdirkan revolusi penuh berkat kita  ( Revolusi 25 Januari ) menghadapi situasi yang teramat sulit. Akan tetapi Allah swt telah menyiapkan baginya para pejuang sejati, baik lelaki mahupun perempuan yang dibanggakan Mesir di hadapan bangsa-bangsa lain. Wahai para pejuang revolusi yang merdeka.. Lanjutkanlah perjuangan revolusi damai kalian dengan teguh sekukuh gunung dan azam kuat yang selalu bergemuruh. Revolusi kita ditolong oleh allah swt dalam waktu dekat dan ini keyakinan saya dengan Allah swt. Di belakang kalian sebahagian besar rakyat Mesir yang menunggu kita menggelorakan revolusi yang gemilang setelah mereka memperdengarkan kepada dunia sikap diam mereka terhadap panggung drama pengangkatan pimpinan kudeta dan kenyataan itu telah menampar wajah para pendukung kudeta secara terang-terangan. Maka bersatulah jangan berpecah-belah dan berselisih yang mengakibatkan kalian menjadi gentar. Saya menyed...

Cerpen #1 - Kekosongan Hati (bahagian 2)

Khalid duduk termenung seorang diri di tepi bangunan sekolahnya. Sunyi. Tenang. Begitulah keadaan di sekeliling Khalid sekarang ini. Tetapi, keadaan dalam hatinya jauh berbeza dengan keadaan di sekelilingnya. "Arghh.. Bodohlah sekolah ni! Semuanya tak kena." hatinya meronta-ronta. Tiba-tiba, bunyi tapak kaki seseorang yang menaiki tangga datang menuju ke arah Khalid. Bahu Khalid dipegangnya. "Woi Khalid! Kau buat apa kat sekolah ni? " tanya Nabil, rakan lama Khalid di sekolah dulu. "Eyy bil! Kau ada juga kat sini? Aku sekolah kat sini sekarang. Baru kelmarin masuk pindah." terang Khalid. "Ohh..apasal kau tukar kat sini? Kau buat hal ek? Hahaha... " tanya Nabil sambil ketawa. "Alaaaah, aku 'dating' dengan awek aku jer kat bangunan lama. Mana ade aku buat pape. Pegang tangan jer pon. Sekali kantoi dengan cikgu disiplin. Masaklah! " terang Khalid kepada Nabil. "Ohhh..jadi kau ni lebih teruk daripada akulah? Aku ...

Pantun #1 - Ibu Bapa

Anak teruna menganyam raga, Lepaskan lelah di anjung beranda, Katanya bonda harta berharga, Tatanglah mereka sementara ada. Wajah berseri asyik ditenung, Pabila bersua jualah ramah, Bila harta sudah menggunung, Jenguklah selalu bonda di rumah. Buah pinang diambil seulas, Seraya bermain atasan titi, Penat lelah tak minta dibalas, Namun mengharap mereka di hati. Padi dituai genggam segemal, Sambil menangkap ikan di bubu, Kata nista jangan diamal, Pabila bersenda dengan ibu. Lincah tingkah pencak bentara, Habis tersungkur tentera Jepun, Andai ada tersalah bicara, Segeralah kita pohoni ampun. Leka sungguh dayang senandung, Tatkala melihat bunga dahlia, Sembilan purnama dikelek dikandung, Harap anaknya berhati mulia. Puteri bongsu sedang berduka, Terlerai tawa dek anak kelicap, Hati mereka jangan diluka, Agar redhaNya mudah dikecap. Terbang tempua bersama garuda, Hinggap sebentar di bahu pendeta, Titipkan doa jika tiada, Pastinya tenang di samping Penc...

Antara Cinta Dan Bunga Ros

Image
"Kalau yang jauh-jauh itu, boleh jadi bunga ros. Tapi kalau yang dekat-dekat itu, boleh jadi bunga tahi ayam." Umi saya berpesan kepada saya tentang hubungan kita dengan seseorang. Saya terpana. Diam seketika. Memikirkan apa yang cuba diperkatakan oleh umi saya. Kenapa bunga ros?  Kenapa pula bunga tahi ayam? Apa kaitan bunga-bunga tersebut dengan hubungan kita dengan seseorang? Adakah kita patut berikan dua bunga itu kepada pasangan yang kita cintai? Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran saya. Tidak faham apa yang cuba umi saya sampaikan. "Bunga ros itu cantik, wangi baunya. Seperti itulah hubungan kita dengan seseorang, perlu sentiasa wangi baunya dan cantik coraknya. Bukan seperti bunga tahi ayam, walaupun kelihatan cantik tetapi baunya sangat membusukkan. Seperti mana hubungan itu kelihatan cantik tetapi dalam diri tidak ada kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain." Umi saya menerangkan. "Ohhh....." saya yang baru faham ini mengan...

Cerpen #1 - Kekosongan Hati (bahagian 1)

Tok..tok..tok... "Assalamualaikum. Tumpang tanya, ni kelas 4 Ibnu Qurrah ke?" tanya Khalid. "Waalaikumussalam warahmatullah. Aah, ni kelas 4 Ibnu Qurrah. Kenapa ya?" jawab Cikgu Amir yang pada ketika itu sedang mengajar matapelajaran Sejarah. "Saya pelajar baru di sini. Kerani di pejabat menyuruh saya untuk masuk ke kelas ini." terang Khalid kepada Cikgu Amir. "Ohh, masuklah! Sila perkenalkan diri kepada rakan-rakan kamu." minta Cikgu Amir kepada Khalid. Khalid berjalan masuk secara perlahan-lahan lalu berhenti di hadapan rakan-rakan kelasnya yang lain. "Nama saya Khalid Al-Idrus Bin Ahmad Azam. Saya tinggal di Bangi dan sebelum ini bersekolah di SMK Agama Me..... " belum sempat Khalid memperkenalkan dirinya. Tiba-tiba.... "Sekolah apa!" teriak seorang pelajar di dalam kelas dalam keadaan seperti protes. Tindakannya tadi membuatkan Khalid terkejut dan badannya sedikit terundur ke belakang. "Hahahahahaha...

Komik #1 - Selfie Diri Sebelum Apa-Apa

Image
Cuba selfie diri kita (bukan wefie ya!), layakkah kita mencari kesalahan orang lain sedangkan kita sendiri mempunyai kesalahan? Mungkin lebih banyak daripada orang lain. Kita hanyalah manusia biasa, hambaNya yang lemah. Kita tidak sempurna. Jadi biasalah, kalau ada orang buat kesalahan. Kesalahan itulah yang perlu kita tegur, bukan diumpat. Kita umat Islam disuruh untuk mencegah kemungkaran. Namun, adakah perbuatan dalam gambar di atas menunjukkan kepada kita cara mencegah kemungkaran?  Buka mata. Buka minda. Di manakah Islam yang sebenar dalam diri kita? Wallahua'lam.. SyazanaFarhanah Nur Ayara 280415 Pasir Puteh, Kelantan.

Ibrah Daripada Sang Semut

Image
Kisah bermula apabila suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam masa setahun. Semut menjawab, ia hanya memerlukan makanan sebesar sebiji gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut ke dalam sebuah botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup. Cukup tempoh setahun, mulut botol itu dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman a.s bertanya, mengapa hanya separuh sahaja makanan yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata yang dia memerlukan makanan sebesar sebiji gandum? Sang semut menjelaskan bahawa jika berada di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah swt dan dia yakin Allah swt pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabi...

Sajak #1 - Bilaku Jatuh

Bilaku jatuh.. Aku bertanya pada diri.. Bila aku mampu kembali? Kerana aku ingin begitu.. Bangkit tanpa jatuh kembali.. Walau aku tahu. Aku pasti jatuh kembali.. Kerana memang begitu diriku ini. Hanya seorang hamba Ilahi.. Sering melakukan dosa duniawi.. Tetapi, aku percaya.. Allah itu Maha mengampuni.. Mengampuni hambaNya yang leka.. Lalai dan juga alpa.. Namun, kadang aku bertanya pada diri.. Aku ini.. Akan diampunkan atau pun tidak? Sedih. Bimbang. Kecewa. Dengan kesalahan yang dilakukan diri.. Tetapi, Aku perlu yakin.. Aku akan diampunkan Ilahi.. Jika aku berusaha.. Meminta kepadaNya.. Memohon keampunanNya.. Mencari rahmatNya.. Menggapai redhaNya.. InsyaAllah.. Semoga Allah redha.. HazimZahari Hambailahi07 180415 Ketereh, Kelantan.

Kerana Itu Allah Yang Kata

Kita ini bukan seperti kita kata yang ini kita. Kita juga bukan seperti orang lain kata yang ini kita. Kita ini perlu jadi seperti yang Allah kata ini kita. Kata-kata ini lebih mengingatkan kita kepada siapa kita di dunia ini. Kita hanyalah seorang manusia. Kita hanyalah seorang hamba. Maka, setiap perkara yang kita lakukan sepatutnya bukan kerana kita kata yang perkara ini baik untuk kita lakukan. Kita juga melakukan sesuatu tindakan bukan kerana orang lain mengatakan yang perkara itu baik untuk kita lakukan. Tetapi, kita perlu lakukan sesuatu perkara itu kerana Allah swt  kata itu adalah perkara yang benar kita lakukan. Walaupun kita rasa tak suka atau orang lain tak suka, tetapi yakinlah Allah swt suka apa yang kita perlu lakukan. Kita perlu lakukan setiap perkara yang Allah sswt suka. Tetapi, kita juga perlu faham. Kita ini sering melakukan dosa. Bagi saya, jika kita terbiasa dalam sesuatu dosa yang kita biasa lakukan. Bolehkah kita ubah diri kita seca...

Kebimbangan Dan Ketenangan Menggapai Indah

Rasa bimbang, takut, risau, dan khuatir sering berlaku dalam diri seorang manusia. Ia berlaku apabila kita menghadapi situasi yang kita tidak ingin ia berlaku dalam diri. Kita bimbang perkara itu berlaku dan membawa keburukan kepada kita. Kita takut perkara itu berlaku dan membawa musibah kepada kita. Semua insan di dunia ini mempunyai rasa seperti itu. Kadang-kadang kita perlu bimbang. Seorang insan yang mengharapkan redha Allah swt menggunakan rasa bimbang mereka sebagai sebab untuk mereka lebih berhati-hati. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu apa yang dibimbangkan itu berlaku dan meraja dalam diri mereka. Apa yang mereka bimbangkan? Mereka tahu jika perkara yang mereka bimbang itu mula muncul dalam diri, jika tidak dijaga dan dikawal dengan rapi mampu membuatkan perkara tersebut meraja dalam diri mereka. Apabila meraja dalam diri, sudah pasti sukar untuk dididik kembali. Seorang manusia yang menjadikan Allah swt sebagai matlamatnya mempunyai rasa bimbang ...

Jatuh Bangun Bangkit Kembali

"Arghhh!!!!! Kenapa aku lakukan perkara-perkara sebegini?" "Adakah Allah ingin mengampunkan aku?" "Adakah aku layak mendapat keampunan Allah swt dengan dosa-dosa yang aku lakukan?" Apabila kita melakukan dosa atau sesiapa saja melakukannya pasti kita akan ada merasakan seperti ayat-ayat di atas. Masakan tidak, kita merasakan seperti kita yang terburuk. Kita merasakan seperti kita yang paling teruk. Kita merasakan seperti tidak mampu bangkit kembali. Dan kita merasakan seperti kita tidak akan diampunkan Allah swt. Perkara yang kita perlu sedar. Kita perlu sedar yang kita ini hanya manusia biasa. Fitrahnya pasti berbuat dosa. Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad SAW saja yang maksum iaitu tidak melakukan dosa kepada Allah swt. Dosa itu adalah ujian kepada diri kita. Allah menghantarkan ujian kepada kita untuk melihat bagaimana kita menghadapi ujian itu. Allah swt memberikan kita ujian bukanlah saja-saja. Tetapi ujian itu banyak m...

Islam Menyeru Kepada Kebaikan

Image
Islam adalah manhaj (cara) kehidupan yang terang, jelas dan terbaik. Manhaj ini sudah cukup untuk membimbing manusia mencapai tahap ketinggian dan melayakkannya menjadi khalifah Allah swt di muka bumi ini. Ramai manusia yang tersesat, melakukan maksiat atau terseleweng daripada jalan yang terang dan jelas, sama ada disebabkan kejahilan, terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada hawa nafsu atau terpesona dengan seruan yang sia-sia. Penyelewengan-penyelewengan ini menurunkan darjat manusia dan menghalangnya daripada kesucian dan ketinggian. Akhirnya, jatuhlah nilai dirinya dan lemahlah tenaganya. dan juga jatuhlah ia ke dalam suasana yang menghalangnya daripada mengikuti kebenaran. Bila mana manusia sampai ke tahap ini, tiadalah rasa izzah terhadap risalah Islam yang tertinggi, cita-cita yang mulia dan contoh yang baik baginya. Seluruh tenaganya adalah untuk kepentingan dirinya, memuaskan nafsunya, mengutamakan dirinya dan menolak kepentingan orang lain. Di saat ini dunia kehila...

Dengan Bismillah Aku Nukilkan

Bismillahirrahmanirrahim.. Hidup kita ini kita kena sedar yang kita hanyalah seorang hamba. Hamba kepada Tuhan yang maha Esa. Kalau zaman dulu-dulu, golongan hamba ini sentiasa dilabelkan sebagai seorang yang miskin, berpakaian buruk, tidak bersih dan sebagainya. Perkara ini yang menyebabkan kita sendiri merasakan hamba ini seorang rendah martabatnya. Tapi kita tidak. Kita hamba kepada Allah swt, hamba yang tinggi martabatnya. Cuba kita renung kembali. Apabila disebutkan seorang hamba, pasti sentiasa patuh dan akur dengan arahan tuannya. Maka, apabila sentiasa patuh. Kita pasti disayangi tuan kita.  Namun, seandainya kita ingkar arahannya, kita pasti dihukum dengan berat sekali. Kita hidup perlu sentiasa sedar. Kita ini seorang hamba dan Allah swt ialah tuan kita yang maha segala-galanya. Maka, kita perlu sentiasa berusaha untuk melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Kita perlu sedar dan cuba menjaganya dengan baik. Jangan kita ditimpa balas...