Cerpen #1 - Kekosongan Hati (bahagian 2)


Khalid duduk termenung seorang diri di tepi bangunan sekolahnya. Sunyi. Tenang. Begitulah keadaan di sekeliling Khalid sekarang ini. Tetapi, keadaan dalam hatinya jauh berbeza dengan keadaan di sekelilingnya.

"Arghh.. Bodohlah sekolah ni! Semuanya tak kena." hatinya meronta-ronta.

Tiba-tiba, bunyi tapak kaki seseorang yang menaiki tangga datang menuju ke arah Khalid. Bahu Khalid dipegangnya.

"Woi Khalid! Kau buat apa kat sekolah ni? " tanya Nabil, rakan lama Khalid di sekolah dulu.

"Eyy bil! Kau ada juga kat sini? Aku sekolah kat sini sekarang. Baru kelmarin masuk pindah." terang Khalid.

"Ohh..apasal kau tukar kat sini? Kau buat hal ek? Hahaha... " tanya Nabil sambil ketawa.

"Alaaaah, aku 'dating' dengan awek aku jer kat bangunan lama. Mana ade aku buat pape. Pegang tangan jer pon. Sekali kantoi dengan cikgu disiplin. Masaklah! " terang Khalid kepada Nabil.

"Ohhh..jadi kau ni lebih teruk daripada akulah? Aku kena buang dulu pon sebab ponteng sekolah jer..hahaha" balas Nabil sambil ketawa terbahak-bahak.

"Memanglah. Tengok siapa ni? Khalid Al-Idrus kan..hahaha" balas Khalid pula.

Sebenarnya Khalid telah dibuang dari sekolah lamanya kerana telah melakukan kesalahan disiplin. Tetapi sebelum itu rakannya, Nabil terlebih dahulu dihantar ke sekolah ini kerana turut melakukan kesalahan disiplin. Ia menjadi seakan-akan trend sekarang ini apabila pelajar yang bermasalah akan dihantar ke sekolah yang mempunyai nama 'agama' kerana ingin mengubah akhlak pelajar itu ke arah yang lebih baik. Tetapi, apa yang kebanyakan berlakunya adalah sebaliknya. Pelajar yang bermasalah ini berjaya mempengaruhi pelajar di sekolah baru.

Ketika mereka sedang rancak berbual di koridor bangunan, tiba-tiba datang seorang pelajar
tingkatan dua melalui tempat mereka berbual.

"Khalid, budak kaya tu!" beritahu Nabil kepada Khalid.

"Mana-mana?" tanya pula Khalid seakan-akan ingin tahu.

"Itulah yang baru saja lalu tadi." balas Nabil.

"Woi kau! Mari sini kejap." panggil Khalid kepada budak tersebut dengan nada kasar.

"Kitorang dapat tahu yang kamu ni budak kaya. Bagi duit kau sikit kat kitorang." minta Khalid kepada budak tersebut.

"Eh, jangan begitu bang. Saya bawa duit cukup-cukup untuk makan jer ni." terang budak tersebut.

"Ahhh..aku tak kira. Bak sini dompet kau!" minta Khalid sambil mengambil dompet budak tersebut dari dalam poketnya.

Khalid membuka dompetnya dan melihat terdapat beberapa keping duit yang berharga 10 ringgit.

"Ni apa ni? Takkanlah kau makan sampai dua tiga puluh ringgit sehari? Bodoh! " marah Khalid.

"Ma...ma...maafkan saya abang. Lain kali saya tak tipu abang lagi. Maafkan saya." pinta budak tersebut dalam keadaan takut.

"Okey aku ambik semua duit kau ni. Lain kali baik kau jangan tipu aku. Kalau tak....." ugut Khalid kepada budak tersebut.

"Abang, abang janganlah ambil semua duit saya. Saya tak makan lagi hari ni." minta budak tersebut kepada Khalid.

"Ahhh..aku peduli apa. Nabil, aku belanja kau hari ni. Hahahaha.." ketawa Khalid terbahak-bahak.

"Hahahahaha..bagus Khalid. Ni aku suka kau. Tak lupa kawan...hahahaha.." Nabil turut ketawa.

"Abang, tolonglah simpati kat saya." minta budak tersebut kepada Khalid sambil menangis.

"Ahhh..kau ni buat serabut jer lah. Kau nak sangat kan? Nah ambik ni! " kata Khalid sambil menumbuk muka budak tersebut.

"Hahahaha..." ketawa Nabil sebaik saja melihat buku lima Khalid singgah di pipi budak tersebut.

Tindakan Khalid tadi membuatkan budak tersebut meraung kesakitan dan menangis dengan kuat.
Cikgu Amir yang kebetulan lalu di kawasan tersebut melihat kejadian yang sedang berlaku.

"Woi! Kau buat apa tu?" tanya Cikgu Amir dengan nada yang keras.

"Woi Khalid cikgu nampak Khalid!" teriak Nabil sambil berlari menuruni tangga dengan pantas sekali.

Khalid yang masih berada di atas budak tersebut bingkas bangun dan cuba untuk melarikan diri. Namun, Khalid jatuh tersungkur kerana kakinya tersadung dengan kaki budak tersebut.

"Alamak! Masak aku." hati Khalid berbicara.


                                                    -------------------KH-------------------


"Arghhhh!" suara Khalid meraung kesakitan.

"95...96...97.. Cepat habiskan..Ada banyak lagi ni!" suruh Cikgu Amir kepada Khalid.

Cikgu Amir telah mendenda Khalid supaya melakukan tekan tubi sebanyak 200 kali. Bersesuaianlah dengan kesalahannya yang pertama di sekolah baru.

"Okey, cukup! Duduk baik-baik." arah Cikgu Amir.

"Terima kasih cikgu." kata Khalid.

"Sama-sama. Khalid, dengar sini. Saya nak nasihatkan kat awak. Ermm, awak tu pelajar baru di sekolah ini. Sepatutnya, awak perlu jadikan kesalahan awak di sekolah lama sebagai pengajaran untuk awak tidak lagi buat kesalahan-kesalahan disiplin di sekolah. Sepatutnya awak cuba untuk mengubah diri awak dari sehari ke sehari. Yerlah, saya tahu kita ni manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Tetapi, awak perlu tahu yang kita ini perlu berusaha untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik. Saya tahu awak mampu menjadi baik. Hidup ni, kita perlu tahu apa matlamat kita. Kenapa kita hidup di dunia ini? Kenapa Allah jadikan kita kat dunia ni? Semuanya adalah dengan bermatlamatkan untuk menggapai redha Allah. Itu matlamat kita. Saya harap awak faham. Saya mengharapkan yang terbaik untuk awak." terang Cikgu Amir dengan penuh pengharapan.

"Ermm, okeylah cikgu. Terima kasih banyak-banyak. Saya dah letih ni. Saya balik dulu yerr. Semekom!" kata Khalid kepada nada bersahaja.

Seakan-akan tidak tercucuk sedikit pun apa yang Cikgu Amir sampaikan tadi. Namun, hatinya kecilnya berbisik.

"Kenapa perlu dapatkan redha Allah?" soal Khalid.

Itu tanda hatinya masih kosong. Belum lagi terisi.

                                                                                                         (bersambung...)



HazimZahari
Hambailahi07
120515
Kota Bharu, Kelantan.







Comments

Popular posts from this blog

Coretan Pertama Di Negara Orang

MIM, SAD, RA’ – MUSIBAH, SABAR, REDHA

Dengan Bismillah Aku Nukilkan