Sajak #1 - Bilaku Jatuh
Bilaku jatuh..
Aku bertanya pada diri..
Bila aku mampu kembali?
Kerana aku ingin begitu..
Bangkit tanpa jatuh kembali..
Walau aku tahu.
Aku pasti jatuh kembali..
Kerana memang begitu diriku ini.
Hanya seorang hamba Ilahi..
Sering melakukan dosa duniawi..
Tetapi, aku percaya..
Allah itu Maha mengampuni..
Mengampuni hambaNya yang leka..
Lalai dan juga alpa..
Namun, kadang aku bertanya pada diri..
Aku ini..
Akan diampunkan atau pun tidak?
Sedih. Bimbang. Kecewa.
Dengan kesalahan yang dilakukan diri..
Tetapi,
Aku perlu yakin..
Aku akan diampunkan Ilahi..
Jika aku berusaha..
Meminta kepadaNya..
Memohon keampunanNya..
Mencari rahmatNya..
Menggapai redhaNya..
InsyaAllah..
Semoga Allah redha..
HazimZahari
Hambailahi07
180415
Ketereh, Kelantan.
Comments
Post a Comment