Jatuh Bangun Bangkit Kembali
"Arghhh!!!!! Kenapa aku lakukan perkara-perkara
sebegini?"
"Adakah Allah ingin mengampunkan aku?"
"Adakah aku layak mendapat keampunan Allah swt dengan
dosa-dosa yang aku lakukan?"
Apabila kita melakukan dosa atau sesiapa saja melakukannya
pasti kita akan ada merasakan seperti ayat-ayat di atas. Masakan tidak, kita
merasakan seperti kita yang terburuk. Kita merasakan seperti kita yang paling
teruk. Kita merasakan seperti tidak mampu bangkit kembali. Dan kita merasakan
seperti kita tidak akan diampunkan Allah swt.
Perkara yang kita perlu sedar.
Kita perlu sedar yang kita ini hanya manusia biasa.
Fitrahnya pasti berbuat dosa. Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad SAW saja
yang maksum iaitu tidak melakukan dosa kepada Allah swt. Dosa itu adalah ujian
kepada diri kita. Allah menghantarkan ujian kepada kita untuk melihat bagaimana
kita menghadapi ujian itu.
Allah swt memberikan kita ujian bukanlah saja-saja. Tetapi
ujian itu banyak memberi manfaat kepada kita. Allah swt ingin mengangkat darjat
seseorang dengan memberikan mereka ujian. Jika seseorang itu beriman kepada
Allah swt, mereka akan berusaha untuk menempuh ujian tersebut. Berusaha untuk
berjaya.
Kita?
Sama ada kita berjaya menghadapi ujian itu, atau kita gagal
menempuhnya.
Orang yang berjaya menghadapi ujian Allah swt.
Orang-orang yang ingin berjaya menghadapi ujian Allah swt
ialah orang-orang yang melihat dosa-dosa yang dilakukan itu adalah sebuah
pemangkin untuk mereka lebih beriman kepada Allah swt kelak. Mereka tidak
menjadikan dosa-dosa yang mereka lakukan itu sebagai penyebab untuk mereka
tidak beribadah kepada Allah swt. Sebaliknya mereka menjadikan dosa-dosa yang mereka lakukan itu sebagai penyebab
kenapa mereka perlu menambahkan serta meningkatkan ibadah mereka kepada Allah
swt.
Ada seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama Abu Dzar
telah melakukan dosa kerana mengejek Bilal bin Rabah dengan mengatakan kepada
Bilal iaitu 'Hoi anak hitam'. Bilal tersinggung dengan ejekan itu. Rasulullah
saw menegur Abu Dzar kerana mengejek Bilal dengan mengatakan, “Wahai Abu
Dzar,sesungguhnya pada dirimu masih ada jahiliah.” Tetapi, adakah Abu Dzar masih lagi dengan sikapnya?
Tidak. Abu Dzar menyesal lalu meminta maaf kepada Bilal. Tidak cukup dengan
meminta maaf, Abu Dzar terlalu menyesal sehingga terus meletakkan wajahnya ke
tanah dan menjerit meminta Bilal memijaknya.. Abu Dzar bimbang akan keimanannya
yang semakin menurun. Maka, dia berubah memperbaiki dirinya. Memperbaiki diri
sehingga menjadi antara sahabat yang termulia di sisi Rasulullah saw.
Kita dapat lihat di situ. Mereka tidak terus jatuh dengan
dosa yang dilakukan. Tetapi mereka bangkit kembali memperbaiki diri sehingga
kepada rahmat Ilahi.
Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Orang yang gagal menempuh ujianNya.
Berlainan pula bagi golongan ini. Mereka yang gagal menempuh ujian daripada Allah swt ialah orang yang langsung tidak ingin mencuba untuk memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik. Walaupun mereka ini telah berada dalam suasana masyarakat yang mengamalkan gaya hidup Islam, tetapi mereka masih lagi tidak mahu mengubah diri mereka. Tidak cukup dengan itu. Apabila mereka melakukan dosa, mereka menyesal. Tetapi mereka tidak menjadikan dosa mereka itu sebagai pemangkin untuk mereka mengubah diri menjadi lebih baik. Sebaliknya mereka terus jatuh tersungkur dalam dosa yang mereka lakukan.
Kerana apa? Kerana mereka menutup pintu hati mereka.
Saya merupakan lepasan spm di sebuah sekolah agama. Saya memerhatikan terdapat juga golongan yang gagal menempuh ujian Allah swt ini. Mengapa saya berkata seperti itu. Kerana mereka langsung tidak berusaha untuk membuka pintu hati mereka untuk agama Allah swt. Mereka tidak mendengar nasihat agama dan terus dengan cara mereka. Mereka terus menjatuhkan diri mereka ke dalam perkara buruk. Sedangkan mereka berada dalam suasana yang mengamalkan gaya hidup Islam.
Semuanya kerana mereka menutup pintu hati mereka.
Maka, kita perlu kembali.
Kita perlu kembali. Ya! Kita perlu kembali. Semua perkara yang kita lakukan di dunia ini perlu kita kembalikan kepada Ilahi. Kerana semua perkara di dunia ini Allah swt yang menciptakannya. Jangan kita berputus asa daripada rahmatNya. Kerana Allah swt itu sentiasa ada. Membantu kita. Mencapai redhaNya. Jika kita meminta daripadaNya. Dengan sepenuh pengharapan terhadapNya.
Bukalah hati kita. Dan kembalilah kepada agamaNya.
HazimZahari
Hambailahi07
020415
Ketereh, Kelantan.
Comments
Post a Comment