Kerana Itu Allah Yang Kata


Kita ini bukan seperti kita kata yang ini kita.
Kita juga bukan seperti orang lain kata yang ini kita.
Kita ini perlu jadi seperti yang Allah kata ini kita.

Kata-kata ini lebih mengingatkan kita kepada siapa kita di dunia ini. Kita hanyalah seorang manusia. Kita hanyalah seorang hamba. Maka, setiap perkara yang kita lakukan sepatutnya bukan kerana kita kata yang perkara ini baik untuk kita lakukan. Kita juga melakukan sesuatu tindakan bukan kerana orang lain mengatakan yang perkara itu baik untuk kita lakukan.

Tetapi, kita perlu lakukan sesuatu perkara itu kerana Allah swt  kata itu adalah perkara yang benar kita lakukan.

Walaupun kita rasa tak suka atau orang lain tak suka, tetapi yakinlah Allah swt suka apa yang kita perlu lakukan. Kita perlu lakukan setiap perkara yang Allah sswt suka.

Tetapi, kita juga perlu faham. Kita ini sering melakukan dosa.

Bagi saya, jika kita terbiasa dalam sesuatu dosa yang kita biasa lakukan. Bolehkah kita ubah diri kita secara drastik untuk tidak lagi melakukan lagi dosa tersebut?

Mungkin boleh. Tetapi, ramai yang tersungkur kembali.

Apa yang lebih baik kita lakukan. Kita cuba ubah diri kita sedikit demi sedikit. Dari sehari ke sehari. Kita cuba biasakan diri kita dengan perkara baru. Perkara yang lebih disukai oleh Allah swt. Lama-kelamaan, kita akan terbiasa dengan perkara baik yang kita cuba lakukan tersebut.

Kita perlu berusaha mencapai kebaikan.

Kita perlu berusaha melakukan perkara yang Allah swt kata itu suatu yang baik. Bukan perkara yang kita atau orang lain kata itu baik.

Maknanya di sini. Kefahaman dan kesedaran tentang agama Islam perlu ada dalam diri kita. Ilmu kita tentang agama Islam perlu sentiasa dipertingkatkan. Keyakinan kita kepada Allah swt iaitu Rabb yang maha agung perlu kita perkuatkan. Apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara, kita akan yakin yang perkara itu membawa kepada keredhaan Allah swt. InsyaAllah.

Kata-kata di atas, boleh juga kita merujuk kepada diri kita. Kadang-kadang kita merasakan yang kita ini sudah beriman. Kita juga sering mendengar ramai yang memuji kita dek kerana kebaikan yang kita tonjolkan.

Tetapi, adakah kita yakin yang Allah swt mengatakan kita ini insan yang betul-betul beriman kepadaNya? Ataupun mungkin kita ini hanya baik kerana harta, takhta ataupun wanita?

Kita perlu muhasabah kembali. Selfie diri kita. Sesungguhnya selfie yang terbaik itu ialah sentiasa muhasabah diri.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa berusaha melakukan apa perkara yang Allah swt kata itu baik. Bukan kita atau orang lain kata baik.


HazimZahari
Hambailahi07
150415
Kota Bharu, Kelantan. 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Pertama Di Negara Orang

MIM, SAD, RA’ – MUSIBAH, SABAR, REDHA

Dengan Bismillah Aku Nukilkan