Dengan Bismillah Aku Nukilkan
Bismillahirrahmanirrahim..
Hidup kita ini kita kena sedar yang kita hanyalah seorang hamba. Hamba kepada Tuhan yang maha
Esa. Kalau zaman dulu-dulu, golongan hamba ini sentiasa dilabelkan sebagai seorang yang miskin, berpakaian buruk, tidak bersih dan sebagainya. Perkara ini yang menyebabkan kita sendiri merasakan hamba ini seorang rendah martabatnya.
Tapi kita tidak. Kita hamba kepada Allah swt, hamba yang tinggi martabatnya.
Cuba kita renung kembali. Apabila disebutkan seorang hamba, pasti sentiasa patuh dan akur dengan arahan tuannya. Maka, apabila sentiasa patuh. Kita pasti disayangi tuan kita. Namun, seandainya kita ingkar arahannya, kita pasti dihukum dengan berat sekali.
Kita hidup perlu sentiasa sedar. Kita ini seorang hamba dan Allah swt ialah tuan kita yang maha segala-galanya. Maka, kita perlu sentiasa berusaha untuk melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Kita perlu sedar dan cuba menjaganya dengan baik. Jangan kita ditimpa balasan daripadaNya, baru kita sedar yang kita hambaNya.
Kita perlu bersyukur dengan nikmat sebagai hambaNya. Kerana Allah memiliki segalanya.
Kala kita gembira, gelak ketawa dan sebagainya. Kita perlu ingat pada Allah swt. Kerana boleh saja Dia menarik nikmat kegembiraan itu dan menggantikan dengan kesedihan. Bagi melihat tahap keimanan kita.
Kala juga kita bersedih, kecewa, murung dan sebagainya. Kita perlu ingat pada Allah swt. Mengadu padaNya. Kerana boleh juga kita akan didatangkan dengan kegembiraan yang teramat sangat. Jika kesedihan itu kita adukan kepada Allah swt, kegembiraan itu mampu memberikan kita ketenangan.
Kerana kita ingat pada Allah swt. Kerana kita tahu ketenangan datang daripadaNya.
"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Surah Ar-Ra'du : 28
Maka, kita perlu kembali padaNya. Ingat padaNya. Kerana Dia yang mempunyai segala.
HazimZahari
Hambailahi07
230315
Kota Bharu, Kelantan.

Comments
Post a Comment